Slideshow


Created with flickr slideshow.

Sunday, January 22, 2017

Pengalaman Bersalin C-Sect: Kenapa saya PERCAYA dengan Suplemen Berpantang Shaklee? (Part 1)


Entri kali ni saya akan share pengalaman saya bersalin dan berpantang sendiri selepas bersalin secara C-Sect. 

Walaupun sudah menjalani pembedahan cesarean sebanyak 2 kali, tapi pengalaman bersalin kali pertama dan kedua berbeza sama sekali. Saya akan berkongsi pengalaman bersalin yang ke2 sebab pada waktu ini saya memang fully on Shaklee supplement. 

Saya mula consume set berpantang Shaklee pada hari ke3 selepas bersalin. Sebenarnya, suplemen Shaklee selamat diambil sejurus selepas bersalin, tapi disebabkan kesilapan sendiri (terlupa packing suplemen untuk persediaan lepas bersalin), hari ke3 baru dapat start consume. Ini pun selepas discharge dari RMC (Refflesia Medical Center).

FYI, saya warded 10 days earlier than EDD (banyak pengalaman 'menarik' terjadi waktu ni 😂), husband waktu tu di Sandakan dan saya di KK untuk persediaan bersalin di KK. Dipendekkan cerita, semua keputusan saya serahkan bulat-bulat pada Doctor waktu tu. 

Pengalaman pregnancy ke2 memang crystal clear dalam memori, rasa macam baru semalam masuk dalam OT. Saya diberi Spinal Injection dan bermulalah episode bertarung nyawa. Dalam hati tidak putus-putus berdoa. Rasa terlalu lama proses c-sect ni walaupun mungkin sebenarnya baru beberapa minit. Kurang pasti berapa minit lepas tu, perlahan-lahan dapat rasa sakit (waktu ni baby sdh selamat lahir), terasa pelik why rasa sakit tu slowly naik hingga rasa dada seperti ada bebanan yang berat. Mula2 terfikir untuk cuba bertahan, tapi akhirnya saya tanya dgn pakar Anesthetic, "Dr, is it normal if I can feel the pain?". So, Dr pun tambah dosage bius. Rupanya ada sebab why it took so long to complete the task, Dr found out that I was actually having cyst (sebesar bola golf) and removed it. This is actually blessing in disguise for me. At first, I really wanted to try VBAC (Vaginal Birth After Cesarean) but was told by 3 Doctors (including Dr Pakar di HDOK) yang my probability of having c-sect was high sebab takut terjadinya raptures waktu bersalin... God knows what is the best for me. Most important thing is both of us (baby & mum) are save. 

Gambar hiasan: Spinal Injection 

Keluar dari bilik OT around 1am. Kesian tengok Aaron (anak sulung) and mum yang sabar menunggu di luar. After jumpa adik and all, mum & Aaron balik. Husband terpaksa fly from Sdkn ikut flight pertama pagi tu. So, I was alone and decided to have my rest. Memang rasa penat.... but pagi around 4am tu terbangun sebab rasa sakit yang amat sangat area bekas tempat csect. Rasa sakit yang berdenyut2. Tekan bell and nurse masuk dalam bilik. Lepas bagitau rasa sakit, nurse pun tambah dosage morphine. Ntah berapa kali request tambah dosage sampaikan nurse cakap memang sudah limit, tidak boleh tambah dosage... 😭😭😭... Arghhhh sakitnya memang speechless (waktu first c-sect tidak sesakit ini). Tapi ini baru permulaan sakit... The second day lain pula sakit yang muncul....


Continue in next entry ya.....


No comments:

Post a Comment