So, last Friday beli Yam & ubi manis di Tamu Donggongon. Niat dihati mau buat kuih. Tapi hari ni, saya tukar plan buat Pengat (First time buat seumur hidup). Bahan2 di rumah pun tidak cukup. But since saya tidak berapa gemar santan, Sy tukar santan with low fat milk and sagu pula tukar with Oat.. One word, SEDAP!! Wangi daun pandan, rasa lemak manis..perghhhhhhh sangat sedap untuk first timer pengat maker..
Cuba try...
Sini sy share resipi yg saya guna utk buat Pengat oat ini....
Bahan-bahan
1) 3 biji keladi dan 3 biji keledek (sederhana besar) kupas kulit, bersihkan dan potong dadu
2) 2 cawan air
3) 1 cawan susu LOW FAT Marigold
4) 4 sudu besar gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
5) 4 helai daun pandan- di simpul
6) 5 sudu besar OAT
7) 1 sudu teh garam halus
Cara-cara
1) Rebus keledek serta keladi dan masukkan sedikit garam dan biarkan ubi empuk.
2) Masukkan susu LOW FAT dan kacau sehingga ia mendidih.
3) Masukkan daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
4) Biarkan mendidih dan masukkan pula OAT selama 2-3 minit dan secubit garam.
5) Bolehlah di tutup api jika dah rasanya dah cukup dan dihidangkan.
Selamat mencuba resipi saya....
*All images are taken by using smartphone's camera
XOXO
Emelda Shabelle
No comments:
Post a Comment